Welcome to Motivations2u

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Recent Comments

  • Dale Carnegie

    Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success.

  • BILL GATES

    Success Is a Lousy Teacher, It seduces smart people into thinking they can't lose...

  • Harold MacMillan

    No man succeeds without a good woman behind him. Wife or mother, if it is both, he is twice blessed indeed.

  • Juliana Hatfield

    If you want to achieve things in life, you've just got to do them, and if you're talented and smart, you'll succeed..

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.



Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.


Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.



2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.




3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti  




4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.



8. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.




9. Tenangkan fikiran dan relaks 




10. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.




11. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.




12. Lakukan kerja seikhlas hati.




13. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.





UBah Lah Gaya Hidup ANDA !!
[ Read More ]

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments

Great Introduction by Bob Proctor on The Secret. Learn more at www. The Official Secret Seminar . com


Name : Bob Proctor
The Secret
URL: http://www.youtube.com/watch?v=MulLAfffQoQ


THE SECRET:-

Some My Quotes For You :

  • The More You Try, The More You Approach Success !!
  • What You Really Want ???
  • You Think, You Feel, You Got it !
  • Just Do It , Never Give UP
  • Always Positive Thinking 



[ Read More ]

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments

RUPA BUKAN SATU ALASAN !!
Untuk Menjadi Seorang Yang Berjaya

Mari Kita Tngk Vid Di Bawah ni :-




So Now ?? 
Adakah Sekarang Anda Masih Rasa Anda Tidak Boleh Berjaya ??

Walaupun Paul Potts Rupanya macam tu
Sampaikan Pengkritik Tak Percaya Dengan Nya
Tapi Akhirnya Dia Telah Membuktikan
Bahawa Rupa/Kecacatan Bukanlah Satu Halangan

Dan Akhirnya Dia Dapat Mencapai IMPIAN nya...




Paul Potts
British Got Telent

[ Read More ]

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments



7 cara menghilangkan perasaan malu

Perasaan malu yang akan diterangkan adalah dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai, malu untuk berkomunikasidengan orang lain dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat. Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri anda.


Sebelum menerangkan mengenai cara menghilangkan perasaan malu, anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang menjadi pemalu. Perasaan malu wujud adalah disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiridan terlalu banyak kebimbangan. Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ia adalah amat baik sekiranya anda mementingkan kesempurnaan, tetapi anda tidak perlu memikirkannya sehigga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan anda. Bagaimanakah cara untuk andamenghilangkan perasaan malu?


Mentaliti- Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.

Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

Fokus- Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.


Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan. Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu.

Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak.


Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.
Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.

[ Read More ]

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments




You Think You Bad Person ?

And Now What You Feel ??
You Lucky Or Bad Person??



[ Read More ]

Posted by Rileks Motivation - - 0 comments

Assalamualaikum Ni Post yang Pertama Dari Saya.... Saya Harap Pasti Akan Banyak Lagi Motivation2 untuk Berkongsi dengan Anda Semua.....Kali Ni Saya Nak berkongsi Cara2 Untuk Menjadi Seorang Yang Berjaya Dan Mendapat Keyakinan DIRI!!

LEBIH RAJIN DARIPADA ORANG LAIN

Anda mesti lebih rajin daripada pesaing anda yang lain.
Orang yang berjaya selalu melakukan kerja yang jauh lebih banyak daripada orang biasa dalam jangka masa yang pale singkat.
Oleh itu mereka dapat mencapai kemajuan yang lebih cepat.
Perkara yang orang biasa dapat siapkan dalam seminggu, mereka akan cuba menyiapkannya dalam tempoh sehari selagi masih dalam kemampuan mereka.
Ramai orang tidak berbuat demikian bukan kerana tidak kemampuan mereka tetapi disebabkan sikap malas mereka sendiri.
Ramai orang tahu kerja-kerjanya tetapi suka melengah-lengahkan kerja meerka dan tidak mengunakan sepenuhnya masa mereka.
Mereka tidak jelas, bilakah mereka mahu mencapai matlamat mereka. Sebab itu mereka berasa masih mempunyai banyak masa untuk disia-siakan.
Jika anda ingin menang dalam segala persaingan, anda cubalah berusaha lebih rajin daripada pesaing yang lebih hebat daripada anda.
Segala usaha yang mereka lakukan, anda ikut dan lakukannya dengan dua atau tiga kali ganda lebih rajin daripada mereka.
Jika anda mempunyai sikap suka berlumba-lumba dengan pesaing terhandal anda, tidak lama lagi anda akan menjadi juara dalam bidang yang anda ceburi.
Ramai orang inginkan kerja yang sedikit tetapi dengan pulangan yang banyak, jika boleh mereka berharap dapat baring diatas katil sahaja dan menerima wang.
Jangan selalu mengharapkan apa-apa pulangan sebelum anda membuat sebarang pengorbanan.
Lakukan pengorbanan itu dengan semangat bukan untuk diri anda sendiri sahaja, tetapi untuk orang yang anda saying, keluarga, masyarakat serta Negara.
Buatlah ramai orang disekeliling anda turut bergembira dengan hasil kejayaan anda nanti kerana anda lakukan untuk mereka juga.
Dengan ini anda akan mendapati kajayaan anda mempunyai makna yang labih meluas dan bernilai.
Selain itu, anda mesti rajin keatas perkara yang berkesan atau PRODUKTIF yang dapat mendorong kejayaan sesuatu rancangan anda.
Jika seseorang itu berkerja sebagai jurujual barangan, maka dia mesti mengetahui perkara produktif yang dapat mendorong kejayaannya iaitu sentiasa bercakap dengan pelanggan setiap hari mengenai produk mereka.
Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang besar mereka mestilah bercakap dengan jumlah pelanggan yang lebih ramai.
Kebanyakkan jurujual tidak berbuat demikian dan setiap hari mereka hanya duduk dipejabat untuk mengemaskan fail-fail mereka sahaja.
Ia langsung tidak memberi apa-apa hasil kepada mereka. Jika anda menanya mereka kenapa tidak keluar membuat jualan?
Jawapan mereka adalah “belum bersedia”.
Ingatlah selalu, anda mesti menjadi lebih rajin daripada orang lain dan rajin dalam perkara produktif.
Dengan cara ini anda akan mendapat pengalaman yang lebih awal jika terdapat apa-apa yang tidak sempurna dalam rancangan anda.
Anda hanya bekerja seminggu sahaja untuk memperolehi pengalaman yang orang lain perlu mendapatkannya dalam masa sebulan.
Jika anda perlu bekerja sebulan, orang lain perlu bekerja empat bulan. Jika anda bekerja tiga bulan, orang lain perlu bekerja setahun untuk mendapatkan pengalaman yang sama dengan anda atau kejayaan yang setaraf dengan anda.
Anda pasti menang dalam segala pesaing!
[ Read More ]